PENGENALAN SILAT
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(Teuku Iskandar
1970) memberikan makna silat ialah sejenis permainan dengan menggunakan
ketangkasan dan mempertahankan diri,maksudnya ialah sejenis permainan atau
sukan tradisi yang mempertarungkan dua orang pesilat yang mahir dalam ilmu bela
diri sama ada mengggunakan senjata atau tanpa senjata.Permainan tersebut untuk
tujuan persembahan ataupun memilih pesilat yang terbaik.Maka permainan silat
atau sukan tradisi rakyat memerlukan kemahiran dan ketangkasan fizikal dan
mental.Permainan ini diadakan di masa terluang,bertamat silat,majlis
rasmi,kenduri kahwin atau kenduri kendara makan pulut yang diiringi dengan
gendang silat.Permainan silat kerap dihubungkan dengan nama Silat Pulut atau
Gayung Pulut kerana setiap pemain akan diberi cenderahati iaitu bunga telur
yang disertakan sekepal pulut.Maknanya antara lain perkataan silat lebih
dikenali dalam sosio budaya Melayu sebagai permainan tradisi rakyat,iaitu
permainan yang dapat mengekalkan ilmu kepahlawanan atau seni perang Melayu dalam
bentuk seni rakyat.Maka persembahan permainan silat atau pertandingan silat
kerap diiringi paluan pergendangan silat yang kini dikenali sebagai Muzik Silat
Baku Malaysia.
Di
dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada
ketika hendak masuk silat,setelah masuk silat atau selepas tamat dan
diijazahkan.Diantara syarat-syarat tersebut ialah menyediakan pengeras seperti
pulut,kain putih,bayaran pengeras,dan sebagainya.Mandi dengan mandian tertentu
sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin.Seterusnya,tidak
boleh meninggalkan sembahyang.Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang
mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru.Selepas itu,melakukan gerak
silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan
latihan silat.
Sehingga kini,telah direkodkan
sebanyak 360 jenis silat yang diamalkan dan mempunyai pengikut terutama di
Malaysia.Di antara jenis-jenis silat yang terkenal di Malaysia ialah Silat
Cekak,Silat Gayung,Silat Sendeng,Silat Laksmana Hang Jebat,Silat Laksamana Hang
Tuah dan banyak lagi. Terdapat juga tokoh-tokoh silat yang terkenal.Antaranya
Mat Kilau,Tok Gajah,Datuk Bahaman,Pendekar Mat Guai,Haji Abdul Hamid Hamzah dan
banyak lagi.
PAHLAWAN SILAT MAT KILAU
1.0 LATAR BELAKANG
Mat Kilau (1847-1970) merupakan seorang
pahlawan melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.Nama penuh
beliau ialah Mat Kilau bin Imam Rasu.Ayah beliau juga dikenali sebagai Tok
Gajah.Ibu beliau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau.Mat Kilau
dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid,Pulau
Tawar,Jerantut,Pahang.Mat Kilau dijaga dan dipelajari seperti kanak-kanak lain
di kampung.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan
seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud,dari Kampung
Kedondong.Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau
Tawar,Jerantut,Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan
rakan-rakannya.Hasil perkahwinan ini,Mat Kilau dikurniakan tiga orang anak,
2.0 PENDIDIKAN
Semasa kecil,Mat
Kilau dihantar oleh kedua ibu bapanya belajar
mengaji Al-Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji
dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Al-Quran dengan pelbagai lagu.Apabila
tamat Al-Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir
Maulud.Setelah beliau pandai berdikir Maulud dan berzanji, barulah Mat Kilau
belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai ‘Dikir Pahang’.Disebabkan
suaranya yang merdu, Mat Kilau terkenal sebagai seorang pendikir di Pulau
Tawar.Semasa kecil,Mat Kilau suka bermain gasing.Disebabkan beliau pandai
bermain gasing,Mat Kilau dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah
terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di
sebelah Hulu atau Buran di sebelah Hilir,Mat kilau dijadikan ketua pasukan
Kampung Masjid.Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan
orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan beliau seorang pemuda
yang mempunyai kudrat yang kuat,maka Mat Kilau dipilih dijadikan orang tukang
hencang.Mengikut apa yang diketahui, Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak
pecah.Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan
Ahmad(Sultan Pahang pada ketika itu) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.Mat
Kilau juga gemar pergi berburu.Apabila ‘peran tua’(ketua berburu) tidak pergi
berburu,Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat Kilau dijadikan Tok Peran
Setelah
berkahwin,barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.Mat
Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan
beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan
pahang.Tentang ilmu kebatinan pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan
hinggakan boleh menghilangkan diri.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu
Tok Gajah.Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntut daripada Haji Osman yang
dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke pekan sebagai Mufti
Negeri Pahang.
3.0 SIKAP
PERIBADI
Mat Kilau mempuyai sifat-sifat
pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan
dihormati,Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang telah menjadikan
beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.Atas dasar pungutan
cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan
Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak
British.Namun begitu,pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap
pergerakkan penentangan British pada masa itu.Sultan pada masa itu, hanya
mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup
mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di
Semantan.Semasa Tok Gajah berada di Pekan,Hugh Clifford (Residen British di
Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok gajah iaitu
Mat Kilau.Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.Beliau suka
bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat.Beliau adalah seorang jujur dan tegas,justeru itu beliau sangat
disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Antara
pengikut-pengikutnya yang dapat diketahui ialah Pawang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat
Ali(Khatib),Awang(Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan
Mat Kilau.
4.0 SUMBANGAN
MAT KILAU
Ketika dalam persembunyian,beliau
telah membuka gelanggang silat untuk melatih penduduk kampung bagi menubuhkan
satu pasukan untuk kembali melawan British dan salah satu tempat yang menjadi
persinggahan Mat Kilau ketika merantau ialah Kampung Pasir Raja.Menurut Che Wan
Nawang(anak murid kepada Mat Kilau),Mat Kilau telah menubuhkan satu pasukan
silat di kampung berkenaan dan anak muridnya terdiri daripada pemuda-pemudi
dikampung itu dan sekitarnya.Mereka belajar ilmu kepahlawanan itu bermula daripada
selepas solat Isyak sehingga tengah malam pada setiap hari.Mat Kilau hanya
mengajar selama 3 bulan di sesuatu tempat,kerana dikhuatiri pihak British dapat
menghidu jejak Mat Kilau.Selepas kira-kira 3 bulan,Mat Kilau membuat keputusan
untuk pulang semula ke Hulu Tembeling.
5.0 SEJARAH
PERJUANGAN
Mat Kilau tidak hanya berjuang
menentang penjajah di negeri kelahirannya,Pahang malah turut sama menyemarakkan
semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu
Terengganu dan Kelantan.Sekitar tahun 1890-an,berlaku pemberontakkan rakyat di
Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan
hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.Antara yang menerima akibat
daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri
iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.Kesan daripada itu,bermula siri pemberontakkan
di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana
menentang penjajah.Rentetan daripada peristiwa itu,British mengisyhtiharkan
perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta
dihukum.Bagaimanapun,Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan
diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran
iaitu Kelantan dan Terengganu.Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu
daripada dua tokoh ternama daripada kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu,Tokku
Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.Melalui kerjasama
dan sokongan padu yang diberikan,Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan
menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang
hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya mencari
gaharu.Dipercayai,terdapat tiga laluan yang digunakan oleh Mat Kilau untuk ke
negeri Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua
negeri tersebut.Antaranya, laluan dari Kampung Bantai di Jerantut ke Kampung
Pasir Raja di Dungun,laluan dari Jerantut ke Pasir Nering,Hulu Terengganu dan
laluan dari Jerantut ke Gua Musang di Kelantan.
Bagaimanapun,laluan
yang kerap diguna oleh Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada
British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.Penentangan
Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi buruan yang
paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan
beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu
tempat.
Pada Oktober 1895,laporan akhbar
Inggeris yang diterbitkan di Singapura,iaitu The Straits Times dan The Free
Press menyatakan “Ketua Penderhaka,iaitu Datuk Bahaman ditahan oleh
pemerintahan Siam,manakala Mat Kilau melawan ketika ditangkap dan mengalami
kecederaan pada muka dan dikepala.Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati
dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah.Dengan
tersiarnya berita kematian tentang Mat Kilau oleh akhbar The Free Press
keluaran 22 Oktober 1895,maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.
6.0 PENUTUP
Apa sebenarnya yang berlaku tidak
diketahui oleh sesiapa kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang
Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan
beberapa orang lain.Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai ‘penderhaka’ oleh
Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu
tempat ke satu tempat yang lain.Akhirnya Mat Kilau menetap di Batu 5,Jalan
Kuantan-Gambang.Sejak 1930,Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa
kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.Kemudian,pada disember 1968,Mat
Kilau membuat keputusan untuk memperkenalkan dirinya sebenar.Untuk mengelakkan
dirinya daripada menjadi tumpuan ramai,Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya
di kampung kelahirannya.Anak Mat Kilau,Omar Mat Kilau membawa Mat Kilau ke
kampung asalnya iaitu Kampung Kedondong,Pulau Tawar.Pada hari Jumaat 26
Disember 1969,Mat Kilau pergi ke masjid Di Kampung Masjid untuk sembahyang Jumaat.Selepaas
sembahyang,Mat Kilau membaca Al-quran dan mengisyhtiharkan dirinya Mat Kilau.Pengisyhtiharan
itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk menyiasat.Pada 8 Januari
1970,Jawatankuasa itu dibentuk.Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan
bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan pada jam 10.30 pagi
Khamis,6 Ogos 1970,Mat Siam diisyhtiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar
Pahang,Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan
terhadap dirinya,Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur.Usianya ketika itu
dipercayai 122 tahun.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment